Program Kempen Internet Selamat Di 21 Buah Pusat Kegiatan Guru, Negeri Sembilan
3 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini2 Oktober 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah mengikuti satu Program Kempen Internet Selamat telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Lui, SK Felda Pasoh 3, bermula dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari. Program ini merupakan salah satu inisiatif memperkasakan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan pelajar dan guru di Negeri Sembilan.
Seramai 14 orang pelajar bersama 7 orang guru pengiring telah menyertai kempen ini yang melibatkan 7 buah sekolah di sekitar daerah berkenaan. Antara sekolah yang terlibat ialah:
1. SJKT Ladang Air Hitam
2. SJKC Chung Hua Air Hitam
3. SK Pulapah
4. SK Felda Serting Hilir 2
5. SK Ayer Hitam
6. SK Sungai Lui
7. SMK Felda Lui Barat
Kempen ini bertujuan mendidik warga sekolah tentang kepentingan penggunaan internet secara berhemah, selamat dan bertanggungjawab. Pelbagai pengisian interaktif dijalankan termasuk ceramah, kuiz keselamatan digital serta aktiviti berkumpulan yang menarik.
Melalui program ini, para peserta didedahkan dengan pengetahuan mengenai ancaman di alam maya serta langkah-langkah pencegahan untuk melindungi diri daripada risiko penipuan, buli siber, dan salah guna maklumat.
Kempen ini juga menjadi platform untuk meningkatkan kerjasama antara guru dan pelajar dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran digital yang lebih positif dan selamat.
⭐ Internet Selamat, Tanggungjawab Bersama ⭐
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: